Bahan-Bahan :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
Sebiji tomato (dipotong dadu)
Seketul kuib ayam
Lada Hitam (ikut citarasa)
1 1/2 cawan air
Kicap
Sos Cili
Garam
Gula
Ayam Goreng Crispy AYAMAS
French Fries
Cara penyediaan:
1. Cairkan mentega dengan api kecil kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
2. Masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan kiub ayam dan sedikit air kemudian kacau
4. Biarkan seketika dan tambahkan sos cili, kicap dan lebihan air tadi.
(Kicap untuk bagi warna kepada sos,jangan masukkan terlalu banyak,nanti sos jadi hitam)
5. Masukkan tomato dan lada hitam, biarkan sehingga mendidih.
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
7. Jika sos terlalu pekat boleh tambahkan sedidkit air.
8. Sos dah siap !!
9. Gorengkan Ayam Crispy AYAMAS dan fries kemudian dihidangkan.
(Ini sebab tak sempat nak sediakan ayam, beli ayam frozen jer)