Saturday, 24 September 2016

APPLE BROWNIES




Sedap dimakan bersama ice cream..nyummm



BAHAN A 

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 tbsp serbuk penaik (baking powder)
1/2 tbsp garam
1 tbsp serbuk kayu manis
1/4 tbsp serbuk buah pala ( saya tak masukkan)


BAHAN B

12 tbsp butter
1 cawan gula ( nak kurang manis boleh letak 3/4 cawan sahaja)
1 biji telur
1/2 tbsp esen vanilla
1/4 cawan jus oren
2 cawan epal yang dipotong dadu
1 tbsp jus lemon


CARA-CARA

1. Campurkan BAHAN A ke dalam satu adunan, gaul dan ketepikan
2.Campurkan butter dan gula kemudian whisk sehingga sebati.
3. Masukkan telur, esen vanilla dan jus oren dan teruskan whisk sehingga sebati.
4. Kemudian, masukkan adunan BAHAN A sedikit demi sedikit.
5. Akhir sekali, masukkan epal yang telah dipotong serta sedikit jus lemon. Gaul sebati.
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu marjerin.
7. Bakar pada suhu 175˚C selama 40 minit.
8. Sedia untuk dihidangkan.




SELAMAT MENCUBA !