Friday, 26 April 2019

Allah rindu kau 😭


Pernah diuji ujian bertimpa - timpa
Seakan - akan engkau dicampak dari langit Seolah-olah tiada lagi hari esok
Seumpama dibiar terkapai di lautan

Yaa!!  Itulah dia. Tanda Allah rindu. Tanda Allah masih sayang.  Tanda Allah masih peduli. Bersyukurlah!!  Allah sebenarnya rindu pada rintihan kita.  Allah nak kita mengadu dan meminta pada Dia. Saat kita tak ada siapa untuk mengadu,  carilah Allah kerana Dia takkan pernah membuka aib kita walaupun sejuta dosa.

Jika kita betul-betul berserah dan bertawakkal pada Allah,  satu per satu Allah mudahkan jalan keluar kepada masalah kita.  Apabila kita berserah dan redha dengan perancangan Allah, kita akan lebih tenang dan lebih terbuka untuk menerima kekecewaan. Kerana kita tahu "Allah tahu apa yang terbaik untuk kita,  Allah tahu apa yang kita tidak tahu"

Pernah satu hari saya memang down sangat2, stress dengan macam2 masalah yang datang sekaligus.  Sambil2 scroll ig ada terjumpa satu post, dia bagitahu, kalau kita rasa kosong dan tak tahu nak buat apa ' Ambil Quran, Baca Al -Fatihah dan Selawat keatas Rasullullah 7x kemudian minta Allah tunjukkan jalan keluar masalah kita. Randomly buka mana2 helaian Al -Quran dan baca kedua2 halaman. Habis baca terus baca maksudnya dan Insha Allah salah satu daripada ayat2 dalam 2 halaman itu Allah tujukan kepada kita. Jawapan kepada apa yang kita minta. Amazingly masa saya buat, Allah gerakkan saya untuk buka surah Maryam. Dua ayat yang saya rasa Allah betul2 bagi jawapan apa yang saya minta.

" (Allah) berfirman, "Demikianlah."Tuhanmu berfirman, "Hal itu mudah bagi-Ku; sungguh,  engkau telah Aku ciptakan sebelum itu, padahal (pada waktu itu) engkau belum berwujud sama sekali" [19:9]

' Dia (Jibril) berkata,  Demikianlah. "Tuhanmu berfirman,  Hal itu mudah bagi-Ku,  dan agar Kami menjadikannya suatu tanda (kebesaran Allah) bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu urusan yang (sudah) diputuskan" [19:21]

Terkedu seketika saat membaca maksud ayat ini, Allah ulang 2 kali " Hal itu mudah bagi-Ku". Allah seakan memberitahu segala yang berlaku adalah kehendakKu dan jika Aku berkehendak maka jadilah.  Usai membaca maksud keduanya saya menjadi tenang dan lebih redha kerana petunjuk yang saya mohon adalah berkenan rasa suka pada seseorang yang masih diawangan dan bolehkah saya hidup dengan gaji yang tak seberapa?  Alhamdulillah walaupun gaji kecil tapi masih mampu hidup atas rezeki Allah bagi dan untuk jodoh saya hanya berdoa berikan yang terbaik.

Kadangkala Allah uji kita kerana Allah nak buka peluang yang lagi baik. Allah tak akan pernah menyusahkan hambaNya melainkan untuk kebaikan hambaNya. Jangan pernah buruk sangka dan sentiasa ingat " Kita merancang Allah juga merancang, tapi perancangan Allah lebih baik dan sempurna".❤💋

Thursday, 25 April 2019

Minta pada Dia, bukan si dia 😘❤

Kerana aku manusia
Punya hati dan perasaan
Ingin disayangi dan menyayangi
Tak kusedar hadirnya bila
Singgah pada seketul hati
Aku buntu aku keliru
Adakah fitrah atau bisikan syaitan

Hanya pada Engkau aku mengadu
Tunjukkan jalan dan mudahkan
Pilihan hidup terbaik untukku
Kerna hanya engkau tahu apa yang aku tidak tahu

Jika dia untukku
Dan aku untuknya
Engkau beri rasa cinta pada keduanya
Dan satukanlah kami dengan suatu ikatan
Jika dia hanya ujian untukku
Engkau lenyapkan rasa kasih dari jiwa ini
Agar hati ini jauh dari kehinaan


*semoga Allah pandu perasaan ini ke arah kebaikan ✨