Sunday, 9 August 2020

Rasa itu

Rasa itu

Kusangka hanya seketika cuma

Singgahan buat si hati

Tanpa sedar bertahun mendiami


Rasa itu

Mungkin ini karma dari Tuhan

Asbab kata² ku yang lalu

Apa yang tersirat hanya Allah yang tahu


Rasa itu

Luahkan biar jelas tanpa bayangan

Teruskan atau tinggalkan

Tapi aku, masih takut melangkah


Rasa itu

Kerna aku tahu pipit tak mungkin bersama enggang

Kerna aku tahu langit tak mampu mendekati bumi

Tapi aku tidak tahu mengapa aku masih teruskan


Rasa itu

Benarlah kata pujangga

Benci berpada-pada suka bersederhana

Kelak mungkin memakan diri


Rasa itu

Ku serahkan pada Tuhan Pemilik Hati

Mudahkan andai ia milikku

Jauhkan jika hanya ujian



090820  00:31 | Shah Alam

Tuesday, 4 August 2020

Life ; The greatest teacher

Tuhan tak pernah kejam
Tapi engkau yang menzalimi diri sendiri
Meminta² apa yang bukan untukmu
Memaksa Tuhan menurutimu
Padahal kamu tahu
Tuhan itu lebih tahu

Tuhan tidak memberi
Bukan beerti engkau tidak dipeduli
Tuhan tahu kebaikan dan keburukan tiap sesuatu
Tuhan lebih tahu apa yang ada di depanmu
Sedangkan engkau belum tahu apa terjadi walau sesaat kehadapan

Jika engkau jatuh terduduk dengan ujian Tuhan
Ingatlah Tuhan tahu engkau mampu
Pikir kembali masa lalu
Kerana hidup ini ibarat roda
Berputar²; adakala diatas adakala dibawah
Tapi engkau masih mampu berdiri
Harini Disini
Kerana diri lalumu yang tak mengalah

Terus melangkah kedepan
Walaupun laluan kabur dan masih ragu²
Cuba dan terus mencuba
Kerna Tuhan itu Maha Melihat
Kerna Tuhan itu Maha Penyayang


040820 22:50 | Shah Alam