Saturday, 24 October 2020

27


Selamat Hari Lahir ! 

Terima kasih untuk kekuatan hari² lepas

Terima kasih untuk masih bertahan 

Terima kasih untuk terus ke depan


Walau tiada siapa tahu...

Bila mata ini banjir

Bila hati ini sakit

Bila bahu ini hampir patah

Bila kepala ini hendak meletup

Bila nafas ini sesak

Bila jasad ini mahu menghilang


Terima kasih untuk tetap bangun dan tersenyum walaupun penghujung terowong masih samar. 


Semoga Isma Amirah menjadi ...

Seorang yang lebih kuat

Seorang yang lebih bijak dan matang

Seorang yang lebih baik perwatakan dan akhlaknya

Seorang sentisa diberikan kesihatan yang baik

Seorang yang sentiasa bersyukur dan lebih memberi

Seorang yang menyayangi setiap orang di sekelilingnya. 


2020 tahun yang mencabar tapi Allah buka peluang untuk seorang Isma Amirah menjadi lebih baik. 


Selamat Ulang Tahun ! 

Survived 27 years and I now you will do more years ahead.

Love yourself first ♥