Aku masih di sini
Walaupun jatuh berkali kali
Engkau masih hulurkan tangan
Adakala lukaku parah sekali
Hingga aku perlu bertongkat
Tapi engkau setia disisi
Saat aku kelu berbicara
Walau sepatah kata
Hanya ditemani air mata
Engkau datang memujuk
Engkau setia mendengar
Engkau setia disisi
Saat aku hilang arah
Saat aku tiada dahan berpaut
Saat aku tak mampu teruskan
Engkau setia disisi
Engkau bagi aku cinta
Engkau bagi aku rindu
Walau aku kadangkala degil
Walau aku belum sempurna
Kadang aku cuba menjauh
Tapi engkau setia disisi
Engkau masih sayang
Engkau sentiasa datang
Kerana aku sifatnya mudah lupa
Kerana aku belum mampu sepenuhnya setia
Kerana aku masih bertatih
Belajar untuk rindu dan cinta
Hanya pada Engkau
Cinta yang satu
141120 1246 | Shah Alam