Jangan disoal mengapa aku disini
Kau bilang aku takut ke depan
Andai kau tahu apa yang aku rasakan
Mana mungkin engkau berkata sedemikian
Andai semudah itu jalan di hadapan
Akan aku cepat berjalan
Kerana aku juga mahu lupakan
Kisah pedih dan terluka semalam
Maaf andai aku menjauh
Luka semalam belum sembuh
Parut itu masih kelihatan
Dan aku takut terjatuh lagi
Jalan kita tak kan serupa
Mungkin jalanku sedikit panjang
Tapi aku yakin
Bila waktunya aku akan sampai
Hidup ini tak pernah sempurna
Lompong ada dimana mana
Usah kau mendabik dada
Kerana karma itu ada
120221 1930 | Shah Alam
No comments:
Post a Comment