Before anything else, you should love yourself first 🤍
Monday, 5 July 2021
Sunday, 6 June 2021
Aku Masih Di Sini
Aku masih di sini
Meniti hari tanpa destinasi
Aku terlihat bahagia luarnya
Namun tak siapa tahu hati ini
Yang tak pernah tenang lagi aman
Aku masih di sini
Ada yang bilang aku selesa
Aku dilihat tak cuba berusaha
Tapi hanya aku tahu semuanya
Segala suka duka yang datang
Aku masih di sini
Kadang aku hampir gila
Tak mampu kuhadam jalan yang diberi
Tapi Dia masih sayang
Kerana aku masih ada iman
Aku masih di sini
Entah sampai bila kumampu bertahan
Menahan beban sendiri tanpa bantuan
Tuhan bagi aku ruang dan peluang
Untuk aku dapat sikit perhatianMu
Aku masih di sini
Saat dan ketika ini
Andai satu saat aku tersungkur
Capai tanganku dan tunjukkan jalan
Kerana itu yang aku perlukan
2335 060621 | Shah Alam
Wednesday, 21 April 2021
Rice Bubble Crunchy 🍫
Snacks / Kudap² paling senang.
Guna 2 bahan sahaja tau.
1. Beryl's Dark Chocolate
2. Rice Bubble
Cara² :
1. Cairkan coklat ( guna double boiled - supaya coklat tak hangit)
2. Tutupkan api dan biarkan sekejap sebelum masukkan rice bubble kedalam periuk tadi
3. Gaul rata dan sudukan adunan tadi di atas loyang mengikut saiz yang dikehendaki.
4. Sejukan dalam freezer selama 15 minit dan sedia untuk di makan. Yummss 😋




