Sunday, 6 June 2021

Aku Masih Di Sini

 Aku masih di sini

Meniti hari tanpa destinasi

Aku terlihat bahagia luarnya

Namun tak siapa tahu hati ini

Yang tak pernah tenang lagi aman


Aku masih di sini

Ada yang bilang aku selesa

Aku dilihat tak cuba berusaha

Tapi hanya aku tahu semuanya

Segala suka duka yang datang


Aku masih di sini

Kadang aku hampir gila

Tak mampu kuhadam jalan yang diberi

Tapi Dia masih sayang

Kerana aku masih ada iman


Aku masih di sini

Entah sampai  bila kumampu bertahan

Menahan beban sendiri tanpa bantuan

Tuhan bagi aku ruang dan peluang

Untuk aku dapat sikit perhatianMu


Aku masih di sini

Saat dan ketika ini

Andai satu saat aku tersungkur

Capai tanganku dan tunjukkan jalan

Kerana itu yang aku perlukan 


2335 060621 | Shah Alam

No comments:

Post a Comment