Sunday, 14 February 2021

Sandaran

Saat tak mampu kuluah

Rasa yang terbeban

Mataku sering berkaca

Aku buntu dan keliru

Dimana harus ku mulakan

Bagaimana aku mahu selesaikan


Tuhan, aku hampir rebah

Tuhan, aku hampir kalah

Aku tahu ujian ini tak sia²

Ada kejutan untukku di depan

Tapi pinjamkan aku kekuatan

Hingga aku melihat cantiknya pelangi


Tuhan, jangan pernah kau tinggalkan

Aku terkapai sendirian

Kerna aku tahu kau pasti ada jalan

Untuk segalanya yang aku risaukan

Kerna kau Tuhan sekalian alam


January 2021 

Saturday, 13 February 2021

Kata

Jangan disoal mengapa aku disini

Kau bilang aku takut ke depan

Andai kau tahu apa yang aku rasakan

Mana mungkin engkau berkata sedemikian


Andai semudah itu jalan di hadapan

Akan aku cepat berjalan

Kerana aku juga mahu lupakan

Kisah pedih dan terluka semalam


Maaf andai aku menjauh

Luka semalam belum sembuh

Parut itu masih kelihatan

Dan aku takut terjatuh lagi


Jalan kita tak kan serupa

Mungkin jalanku sedikit panjang

Tapi aku yakin

Bila waktunya aku akan sampai 


Hidup ini tak pernah sempurna

Lompong ada dimana mana

Usah kau mendabik dada

Kerana karma itu ada


120221 1930 | Shah Alam